Microsoft Office - Word Basic

28 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Februari 2020 (Khamis), Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan latihan Kelas Multimedia (Memuat Turun Gambar & Latihan Grafik). Tujuan kami mengadakan aktiviti latihan ICT ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan asas multimedia secara digital. Peserta terdiri daripada 10 orang pelajar.

Selain itu, kami juga memberitahu tentang kepentingan Microsoft Office dalam pembelajaran ini kerana zaman sekarang pentingnya ilmu ICT kepada semua memandangkan penggunaan komputer amat penting dalam setiap pembelajaran dan juga dalam alam pekerjaan. Dengan adanya latihan ICT ini dapatlah memudahkan urusan mereka untuk membuat tugasan sekolah nanti.

Kelebihan dan kebaikan aktiviti:
• Memantapkan lagi penguasaan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer.
• Memperkasakan keupayaan pemikiran secara luar kotak dan kretiviti pelajar.
• Menggunakan kemudahan Internet dengan selamat dan beretika.
• Melatih peserta menggunakan Ms. Word secara berterusan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali